RESAPAN AIR
a) Kebiasaannya top kabinet (table top) yang diperbuat daripada bahan simen adalah yang terbaik dan kurang memberi masaalah kepada pengguna.
b) Bagi penggunaan multitop sebagai kemasan top kabinet,
cara penggunaannya setara dengan penggunaan 'tiles table top' cuma jangan sekali-kali membiarkan dengan bersikap sambil lewa apabila terdapat kesan resapan air samada dari paip atau dari tebing sinki yang kebiasaannya diletakan 'silikon' sebagai bahan penebat air.
TINDAKAN :
Panggil pembekal asal kabinet dapur anda dan maklumkan perkara tersebut untuk tindakan segera pastinya melibatkan kos yang kurang berbanding kerosakan yang semakin merebak. Sekiranya pembekal asal kabinet dapur anda tidak dapat dihubungi, cuba hubungi pula mana-mana pembuat perabut terdekat untuk mendapatkan sebutharga kerja pembaikan tersebut seterusnya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera.
MINYAK MASAK
1. Sekiranya kita tidak menggunakan hood, wap air yang bercampur minyak masak akan tersebar ke udara semasa memasak. Wap air yang bercampur minyak ini akan melekat di permukaan-permukaan ruang dapur dan keseluruhan rumah (jika mempunyai konsep dapur terbuka seperti kebanyakan kondominium dan rumah kompak).
TINDAKAN:
1. Memasang 'exzos fan' didinding dan dihidupkan setiap kali memasak
2. Memasang hood (berpenapis atau ducting)
pastikan kapasiti udara (meter padu) yang dapat ditapis atau disedut keluar adalah pada tahap optimum atau lebih